Monday, September 20, 2010

Mimpi Ngeri

Karya ni aku karang masa aku tingkatan 2


Aku tersedar dari satu kemalangan jalan raya. Aku berada di dalam kereta yang hampir musnah. Aku melihat jam tanganku yang telah pecah cerminnya tetapi masih berfungsi. Ia menunjukkan masa tepat jam 2.00 pagi. Sebelum kemalangan aku dan rakan-rakanku baru pulang dari Majlis Hari Jadi di rumah Suraya. Aku pergi bersama rakan-rakanku dan dipandu oleh pakcikku, Kassim. Akan tetapi, mereka semua tidak kelihatan di sisiku, lalu aku mencari mereka di merata tempat.
Aku berada di satu pekan lama yang terbiar. Mungkin mereka berada di dalam pekan itu untuk meminta bantuan. Aku berjalan melalui depan rumah kedai yang terbiar satu demi satu dengan perlahan. Beberapa minit kemudian aku terbau sesuatu yang tidak menyenangkan. Rupanya, terdapat mayat-mayat yang bergelimpangan dan darah bertaburan di sana sini. Aku berasa ketakutan dan ditambah lagi suasana dingin malam yang gelap-gelita. Hanya ditemankan cahaya bulan. Tempat ini sungguh menyeramkan dan menggerunkan perasaanku.
Sebaik sahaja aku melihat telefon awam di seberang jalan, aku terus berlari ke arahnya untuk meminta bantuan. Hajatku tidak kesampaian apabila aku mendapati telefon itu telah rosak teruk dan wayarnya telahpun putus. Sebaik aku melangkah pergi, dengan tiba-tiba telefon itu berdering. Aku terperanjat dan tanpa berlengah lagi aku segera menjawab panggilan itu. Aku mendengar satu suara yang agak perlahan dan kurang jelas, “Reza, tolong aku! Aku di dalam kedai muzik.” Suara itu macam pernahku dengar. Ya! Suara itu adalah suara sahabatku, Anis.
Panggilan itu mencemaskan aku, tambahan pula dengan suasana yang mengerunkan. Angin sejuk bertiup ke arahku. Aku berjalan dalam keadaan lemah untuk mencari kedai muzik itu. Badanku tidak bermaya tetapi aku meneruskan juga perjalanan. Sepanjang perjalanan, aku dapat merasakan sesuatu mengekori aku dari belakang. Sebaik saja aku menoleh, aku melihat beberapa manusia yang berlumuran darah mengekori aku. Ada yang tidak berkaki, ada yang tidak berlengan dan yang paling menakutkan, ada yang tidak berkepala. Aku terus mengambil langkah seribu.
Aku terus berlari sehinggalah kelibat mayat hidup itu tidak kelihatan lagi. Akan tetapi, kakiku terhenti secara tiba-tiba. Aku menjerit ketakutan sambil melihat keadaan sekeliling. Rupanya, aku berada di hadapan kedai muzik. Mungkin inilah kedai muzik yang dikatakan oleh Anis tadi. Bau yang teramat busuk di kedai ini menakutkan lagi perasaanku. Terdapat terlalu banyak mayat-mayat dan darah di merata-rata. Aku cuba bergerak dan berjalan ke arah kedai itu. Aku melangkah mayat-mayat itu sambil menjerit dan melaungkan nama Anis. “Ahhhh...,” tersentak aku mendengar jeritan itu. Itu adalah jeritan Anis. Jeritan itu datangnya dari bilik piano. Aku berlari ke bilik itu. Semakin jauh aku berlari semakin kuat suara Anis kedengaran.
Tiba di depan pintu bilik piano, aku menjerit ketakutan apabila melihat begitu banyak mayat hidup mengelilingi Anis. Lalu, beberapa mayat hidup tadi berpaling ke arahku lalu bergerak menghampiriku. Sekali lagi aku menjerit. Mereka semua datang kearahku dan mahu mencekikku. Tiba-tiba, “Reza, bangun...bangun...”. Aku membuka mata dan aku melihat ibuku sedang menggoyangkan badanku. “Astaghfirullahalazim...Reza bermimpi rupanya,” kataku kepada ibuku. “Itulah, nak tidur jangan lupa gosok gigi, basuh kaki dan baca doa. Tak adalah mimpi buruk lagi,” nasihat ibuku.



Sunday, August 15, 2010

Suka duka Hamzaidy

Cerita ni aku karang time aku darjah 5. kalau x silap aku la. nama Hamzaidy ni aku ambik sempena nama kawan baik aku masa sekolah rendah dulu. nama watak2 dalam tu pun sama gak. nama kawan2 aku dulu. tapi cerita ni langsung xde kene mengene tentang dowg ek.. bace la karya mse aku budak2 ni.




Hamzaidy seorang sebatang-kara. Dia dan anak-anak yatim piatu yang lain ditangkap oleh penjahat untuk kesenangan hidup mereka sendiri. Mereka diseksa dan didera. Mereka disuruh meminta sedekah dijalanan. Tempat tinggal mereka amat jauh di pendalaman tanpa diketahui oleh sesiapa pun.


Pada suatu ketika, Hamzaidy tidak tahan lagi tinggal di situ lalu berhasrat untuk melarikan diri. Hamzaidy mengajak rakan-rakannya melarikan diri. “Aku tak sanggup melarikan diri. Nanti kalau pakcik Ismail tahu habislah kita dipukulnya,” kata Rusydi salah seorang rakan Hamzaidy. “Alah, kita keluar diam-diam jangan sampai dia tau,” jawab Hamzaidy semula. “Apa borak-borak ni? Pergi buat kerja. Anak tak guna!” marah pakcik Ismail salah seorang pekerja di situ.
Pada tepat pukul satu pagi, Hamzaidy sudah bersiap-siap untuk melarikan diri. “Kau tak nak ikutkan? Suka hatilah. Aku pergi seorang,” kata Hamzaidy. “Jaga diri baik-baik. Kami akan melindungi kau sepanjang ketiadaan kau,” kata Jeyaraj juga salah seorang rakan Hamzaidy. “Baiklah Jeyaraj. Terima kasih kawan-kawan. Selamat tinggal,” kata Hamzaidy kepada rakan-rakannya. Hamzaidy keluar senyap-senyap dari tingkap takut pekerja di situ terjaga. Dia berjalan perlahan-lahan menyorok di sebalik pokok. Apabila dalam keadaan selamat Hamzaidy terus berlari keluar. Dia mencari jalan raya yang melalui bandar. Dia mencari-cari sehingga penat lalu berehat di bawah pokok yang berhampiran. Sudah beberapa lama Hamzaidy berehat dia terlelapkan matanya.
“Woi, bangun-bangun. Bangunlah,” Hamzaidy terdengar suara mengejutkan dia. Sebaik saja Hamzaidy buka mata, dia ternampak seorang lelaki yang sebaya dengannya berdiri di hadapan dan melihat matahari sudah terbit. Lelaki itu berbadan kurus tinggi, memakai topi buruk dengan pakaian yang kotor. “Hai, aku Anep. Kau lapar ke? Aku ada bawakan makanan.” Kata Anep. Tanpa berfikir panjang Hamzaidy terus makan roti sardin  yang dibawa oleh orang yang baru dikenalinya. “Janganlah gelojoh. Aku tau la kau lapar. Kau mahu tinggal bersama kami? Ada banyak kawan-kawan yang tinggal kat sana,” Anep terus menarik Hamzaidy sesudah dia habis makan. “Nama kau siapa?” tanya Anep. “Aku........nama aku Hamzaidy,” jawab Hamzaidy sambil menelan roti sardin tadi. “Mari aku bawa kau kat tempat tinggal aku. Aku tahu jalan shortcut dari sini.”
Hamzaidy ikut Anep dan tidak sampai beberapa minit, mereka terus sampai di jalan raya. Di tepi jalan raya ada papan tanda menunjukkan Kuala Lumpur 15KM. “Nah, makanlah buah epal ni. Perjalanan kita nak hampir. Mari kita tahan teksi,” kata Anep. “Tapi kita tidak mempunyai wang,” jawab Hamzaidy. “Aku ada wang,” kata Anep sambil mengeluarkan duit syiling yang banyak. Teksi pun tiba tidak lama kemudian. Mereka menaiki teksi tersebut.
Sampai di pertengahan jalan, Anep suruh teksi itu berhenti. Hamzaidy dan Anep terus keluar dari teksi sesudah membayar tambang. “Kenapa kita berhenti di sini?” tanya Hamzaidy sambil melihat bandaraya yang besar sekali. “Kami tak nak sesiapa tahu tempat tinggal kami. Kita terpaksa berjalan kaki,” jawab Anep. Mereka masuk lorong-lorong kecil. Sehinggalah sampai satu rumah tumpangan lama. “Inilah tempat tinggal kami,” kata Anep menerangkan tempat tinggalnya. Di dalam rumah tumpangan itu sangat kotor dan berhabuk. Ada seorang lelaki dewasa berpakaian seperti orang kaya. “Selamat datang. Awak orang baru tinggal di sini. Panggil saya Encik Jamani,” kata lelaki itu yang dikenali sebagai Encik Jamani. “Kamu boleh buat kerja hari ini juga. Nah! ambil ni wang perdahuluan,” kata Encik Jamani lagi sambil mengeluarkan duit syiling emas di poketnya.
“Jom, ikut kami. Nama aku Kassim.” Ajak salah seorang rakan Anep. Hamzaidy ikut sahaja rakan baru itu. Dia tidak tahu kemana dituju dan buat kerja apa seperti di katakan oleh Encik Jamani. “Kau nampak lelaki kat kedai buku tu. Gayanya macam orang kaya. Kau tengok ni,” Kata Fahmi juga kawan Anep. Hamzaidy tidak tahu apa yang mereka ingin lakukan. Dia hanya memerhatikan tingkah laku rakan barunya. “Lari.....lari.....Hamzaidy lari.....lari.” Jerit Anep kepada Hamzaidy. Hamzaidy tersedar dari lamunannya. “Kau mencuri jam tangan Rolex aku kan!” dengan tiba-tiba lelaki di kedai buku itu mencekam kolar baju Hamzaidy. “Bak sini jam aku. Aku bawa kau kat balai polis.” Rupa-rupanya rakan-rakan yang baru dikenalinya ialah seorang pencuri. “Bukan saya yang mencuri. Saya tak bersalah. Bukan saya,” kata Hamzaidy dengan rasa cemas. “Wang syiling emas? Mana kamu dapat duit ni? Ni kamu kata tak bersalah. Kamu jawab di balai polis nanti,” marah lelaki tadi sambil mengeluarkan wang syiling emas di dalam poket Hamzaidy.
Hamzaidy dibawa ke balai polis. Selepas di soal siasat Hamzaidy didapati tidak bersalah.Hamzaidy tidak tahu arah mana nak dituju. Seorang lelaki yang petengahan umur menuju ke arah Hamzaidy. “Adik buat apa duduk di sini sendirian? Mari pergi ke rumah pakcik,” kata lelaki itu. Hamzaidy tidak menjawab. Dia mendiamkan diri mengenang nasibnya yang malang itu. Dia di bawa masuk ke dalam kereta Mercedes dan di bawa ke rumah lelaki petengahan umur itu tadi.
“Kita dah sampai di kawasan perumahan pakcik,” ujar pakcik itu. Hamzaidy melihat pemandangan dari cermin tingkap cermin kereta. Satu pemandangan yang cukup indah sekali. Seorang lelaki sedang berkebun melambaikan tangan. “Itulah pekebun pakcik,” pakcik itu kenalkan pekerjanya. Di tengah-tengah halaman rumah terdapat air pancut yang indah sekali. Kereta Mercedes itu berhenti di depan rumah lalu tersentak dari lamunannya. “Marilah masuk,” ajak pakcik tadi. “Wah, besarnya rumah pakcik!” Kata Hamzaidy terpegun. “Nama pakcik Rafie. Panggil je pakcik ni ayah. Anggaplah pakcik sebagai ayah kamu. Kamu Hamzaidy kan? Ayah dah banyak dengar cerita mengenai kamu,” kata pakcik Rafie yang berbadan tegap. “Ya. Nama saya Hamzaidy bin Hassan,” terang Hamzaidy.
Seorang wanita dalam lingkungan umur 20-an membuka pintu utama rumah itu. “Inilah pembantu rumah ayah. Nama dia Mariam. Pekebun tadi nama dia pakcik Fauzi,” ujar pakcik Rafie. “Mana tuan muda? Panggilkan dia. Kami tunggu di ruang tamu,” Kata pakcik Rafie kepada Mariam. “Tuan muda ada di biliknya. Nanti saya panggilkan,” jawab Mariam. Hamzaidy duduk di atas kerusi sofa berwarna hijau dengan kusyen yang lembut lagi selesa. Di dinding ruang tamu dihiasi gambar lukisan yang sangat menarik minat Hamzaidy.
Tidak lama kemudian seorang lelaki remaja tiba di ruang tamu. “Ni anak ayah, Zaidan. Dia 16 tahun,” terang pakcik Rafie lagi. “Kamu berapa tahun?” tanya pakcik Rafie. “Saya 14 tahun,” jawab Hamzaidy ringkas. “Kalau macam tu, mulai hari ini kamu menjadi adik kepada Zaidan dan anak kami. Tinggallah di sini bersama kami,” jelas pakcik Rafie sambil memegang cawan berisi air yang baru dibuat oleh pembantu rumahnya. “Besok pagi ayah nak buat sijil mengambil anak angkat. Bukannya apa, Zaidan selalu keseorangan bersama-sama pekerja ayah. Ayah dan ibu sibuk dengan kerja masing-masing. Hamzaidy boleh menjadi teman Zaidan,” jelas pakcik Rafie lagi. Hamzaidy amat terkejut mendengar kata-kata itu. Hamzaidy merasa sangat gembira sekali. “Hmmm....apa yang dibualkan itu bang.” Hamzaidy tersentak apabila mendengar suara itu. “Ni dia ibu kamu Hamzaidy. Nama dia Norlian,” ujar pakcik Rafie lagi. “Bang dah dapat cari anak angkat ke?” tanya makcik Norlian. “Inilah dia anak kita,” kata pakcik Rafie. “Baguslah kalau macam tu, boleh la teman Zaidan ni,” kata makcik Norlian.
Beberapa hari kemudian tempat tawanan anak-anak yatim piatu yang diduduki Hamzaidy dahulu sudah berjaya dibekas. Kawan-kawan Hamzaidy di hantar di asrama anak-anak yatim. Di rumah tumpangan lama pula telah dikesan berdasarkan maklumat Hamzaidy. Pencuri-pencuri di rumah tumpangan di hantar di rumah pemulihan. Hamzaidy menjadi jutawan baru di bandaraya Kuala Lumpur. Pihak polis juga mengucapkan terima kasih di atas pertolongan Hamzaidy.


Saturday, August 14, 2010

Kawan


Kawan,
Terserlah kemesraan antara kita berdua,
Moga masa tidak cemburu keakraban kita,
Doa dipohon pada Tuhan yang Esa,
Agar persahabatan ini akrab sentiasa.

Kawan,
Kau dan aku hanya insan biasa,
Tidak terlepas kasalahan dan dosa,
Jika kau terasa maaf segera dipinta,
Lapang hatiku bila kau gembira.

Kawan,
Teguhkan semangat mengharung pancaroba,
Kebahagiaan yang dicari pasti menjelma,
Dilindungi dan diberkati persahabatan kita,
Dari dunia hingga akhirat menjelma.




Friday, August 13, 2010

Hidup (Bahagian 2)


Hidup. Sesuatu jasad yang mempunyai roh. Aku selalu terfikir akan kata-kata William Shakespeare yang mengatakan hidup kita ini sebenarnya hanya berlangsung singkat, namun waktu yang singkat itu terasa lama apabila kita mahu memanfaatkannya secara baik. Adakah aku memanfaatkan kehidupan ini sebaik-baiknya? Ada juga yang berpendapat bahawa hidup ini seperti berlakon di pentas dengan jalan ceritanya entah sampai bila penamatnya. Jika watak kita tamat dalam cerita itu, tamatlah juga kehidupan kita. Hidup ini haruslah tempuhi dengan mengharungi pelbagai ujian dan rintangan. Walaupun terasa perit dan pedih namun aku perlu tabah menghadapinya. Membunuh diri bukan jalan penyelesaian terbaik kerana sebenarnya kita sudah bersedia untuk hidup. Kita telah diberi nafas sebaik sahaja kita keluar dari rahim ibu kita. Kadang-kadang hidup ini penuh dengan kegembiraan dan kadang-kadang hidup ini penuh dengan kesengsaraan. Bagaimana pula jika hidup sendirian dan keseorangan sehinggakan tiada siapa sedar akan kewujudannya. Bagaikan keseorangan di dunia yang penuh ketakutan. Tiada tempat mengadu. Tiada tempat untuk dikasihi. Hidup begini terlalu lama membuat kita kadang-kala tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi.
Alam fantasi adalah hidupku. Aku sering berangan-angan dan menjadikan hidup ini begitu sempurna. Alam inilah membuat kehidupan aku lebih indah dari dunia sebenar. Aku selalu mengharapkan alam fantasi ini menjadi kenyataan. Walaupun ini adalah impian kosong, aku tetap mengharapkan sesuatu keajaiban akan berlaku dalam hidup ini. Kehidupanku di dunia nyata bagaikan tiada makna bagiku. Diri aku ini bagaikan melukut di tepi gantang. Bagai burung patah kakinya. Walaupun burung itu dapat terbang bebas tetapi masih terasa kekosongan.
Lagu ‘Hello’ dari penyanyi Evanescence berkumandang. Tersentak aku dari lamunan. Terlihat nama Amirul Sharif tertera di telefon bimbitku. Masih ada lagi seorang insan menghargai diriku. Dia sering sahaja menghubungi ataupun dengan menghantar kiriman SMS semata-mata untuk bertanyakan khabar. Walaupun sibuk dengan aktiviti hariannya namun masih sempat untuk memberi perhatian terhadapku.
“Hello! Ada apa?”
“Hai! Anis tengah buat apa? Sibuk? Sihat tak?”
Begitulah selalunya apabila kami memulakan perbualan. Walaupun aku benci lelaki dan dia juga mengetahui tetapi masih ingin mendampingiku. Kisah silam aku masih tidak dapat aku lupakan setelah apa terjadi terhadap diriku dan juga keluargaku. Semenjak kejadian pahit yang menimpaku, aku menjadi seorang yang tidak banyak bercakap dan hanya bercakap apabila perlu. Amirul sudah beribu kali cuba mengembirakanku tetapi aku masih tidak menghargainya. Aku anggap semua lelaki sama sahaja. Kenapa dia terlalu baik terhadapku?
“Anis, hari ini Mirul belanja ais-krim. Ambillah!”
“Kenapa? Mirul, kenapa?”
“Kenapa apa?”
“Kenapa buat semua ini? Biarkan Anis. Tinggalkan Anis dengan dunia Anis ni.”
Tiba-tiba satu tamparan menghinggap pipiku. Air mataku terus mengalir sebaik sahaja menerima tamparan daripada Amirul.
“Anis! Bangunlah! Sedarlah! Sedar dari dunia Anis. Masih ada lagi orang yang sayangkan Anis. Jangan biarkan diri Anis dihantui kisah-kisah silam. Mirul cintakan Anis.”
Aku tersentak. Tidak pernah lagi aku menerima tamparan sebegini. Aku terus berlari meninggalkan Amirul sendirian. Malamnya, aku duduk termenung di atas katil. Kata-kata Amirul telah membuat aku terfikir-fikir. Perkara dia buat selama ini adalah kerana menyintaiku. Adakah benar dia sememangnya mencintai aku atau hanya nafsu yang sering menghantui manusia. Tidak mungkin aku akan jatuh cinta lagi. Aku tidak ingin pisang berbuah dua.
Hari demi hari dan  waktu demi waktu sudah berlalu pergi. Bulan juga sudah bersilih ganti. Kini, tiada lagi panggilan atau kiriman SMS darinya. Sudah dua bulan lamanya. Hatiku terasa tidak tentu arah. Cinta? Adakah aku merinduinya? Aku sudah sering kali cuba menghubunginya namun kegagalan yang aku temui. Di manakah dia berada? Sihatkah dia?
“Arghhhh!!! Kenapa aku fikir pasal mamat ni?” terkeluar kata-kata itu setelah segala usahaku gagal.
“Anis!” kedengaran suara sayup-sayup bercampur bunyi hujan lebat dari luar jendela kamarku.
“Anis!” sekali lagi suara itu menyerpa telingaku. Suara itu seperti pernah aku dengar. Aku terus mengorak langkah ke arah jendela itu. Aku menyelak langsir dan memandang ke bawah. Aku terkejut aku melihat seseorang berdiri kaku dengan keadaan basah-kuyup di dalam huja lebat itu.
“Amirul!” jeritku dan terus keluar membawa payung bersama.
“Amirul, apa Mirul buat di sini, dalam hujan, malam-malam pulak tu? Mirul pergi mana menghilangkan diri selama ni? ” aku bertanya dengan penuh kekeliruan sambil payungkan Amirul sekali.
“Selama ini Mirul kerja. Nak belikan Anis ini. Selamat Hari Lahir, Anis,” terang Amirul sambil menghulurkan sebentuk cincin permata.
Terlihat cincin dan kesungguhan yang terdapat pada matanya membuatkan peganganku menjadi lemah dan payung terlepas dari gengamanku terbang melayang mengikut angin lalu. Badanku menjadi kaku, diriku terpaku dan lidahku kelu. Aku baru sedar dari duniaku. Aku sememangnya rindukannya. Aku sememangnya telah jatuh cinta terhadapnya. Dunia nyata telah kembali dalam hidup semula. Bagaikan kehidupan yang dahulu datang kembali menerpa diriku. Dua insan telah disatukan di dalam hujan lebat membuat aku terasa bahagia selama-lamanya. Aku sememangnya bodoh. Aku tidak sedar akan kehadirannya selama ini. Aku bukan sendirian. Masih ada yang menyayangiku. Aku dan Amirul menjalankan kehidupan bersama setelah ke jinjang pelamin dan mempunyai seorang cahaya mata yang diberi nama Alina Syuhaida.

Thursday, August 12, 2010

Pergorbanan Seorang Ibu


Ibu,
Kau telah banyak berkorban,
Demi kesenangan anak-anak,
Tanpa seorang lelaki bergelar suami,
Kau menjagaku dengan kasih sayang,
Kau mendidikku dengan penuh harapan,
Supaya aku menjadi anak yang berguna,
Kau ibu dan kaulah ayah.

Ibu,
Kau mencari rezeki di sana sini,
Menjual air minuman dan kuih muih,
Di tepi kaki lima,
Kau  menjaga anak orang,
Untuk menanggung perbelanjaanku.
Kerana kesempitan wang,
Kami hanya makan nasi berlauk telur,
Kadang-kadang ibu tidak makan langsung,

Demi anak-anak,
Ibu  mencari wang di sana sini,
Untuk membayar yuran sekolah,
Ada kalanya ibu terpaksa meminjam duit,
Pada jiran-jiran dan sedara-mara.

Sejak di tadika lagi,
Aku hidup tanpa seorang ayah,
Disebabkan tidak cukup kewangan,
Aku terpaksa berhenti sekolah tadika,
Hari pertama persekolahan,
Ketika usiaku tujuh tahun,
Aku tidak pandai membaca,
Aku tidak mempunyai sebarang rakan,
Selalu menjadi bahan ejekan dan kutukan.

Aku sangat sedih,
Kehidupan aku tiada keseronokkan,
Tidak seperti kanak-kanak lain,
Hidup mereka bahagia,
Bersama-sama ibu dan bapanya,
Sudah lama ayahku menghilangkan diri,
Pelbagai cabaran bagi ibu,
Yang menjadi sebagai ibu tunggal,
Menjaga anak-anak,
Mengharungi segala dugaan mendatang.

Aku sangat sayang ibu,
Kau telah menjagaku dan membesarkanku,
Sehingga kini kita hidup bersama,
Aku menghargai pengorbanan ibu,
Rahmah binti Manan,
Nama ibuku yang tabah,
Kau bagaikan penyuluh menyinari hidupku,
Aku sangat sayangkan ibu.




Cinta (Bahagian 1)



            Cinta. Satu perkataan yang tidak asing lagi dan hadir dalam jiwa seorang anak muda yang bergelar remaja. Ada yang sanggup berkorban apa sahaja dan ada juga menderita kerananya. Setiap individu mengatakan pendapat berbeza mengenai cinta. Cinta itu pengorbanan? Cinta itu pasrah? Cinta itu bahagia? Atau cinta itu derita? Apa sebenarnya erti cinta itu? Kata Ustaz pula cinta bagi seorang nabi adalah cinta kepada Allah dan sanggup berkorban demi melindungi Islam daripada tercela. Menurut William Shakespeare pula, sasterawan terkenal itu mengatakan cinta sejati tidak pernah berjalan dengan mulus. Tapi bagiku cinta tidak membawa apa-apa maknanya. Luahan cinta hanyalah satu ungkapan kosong. Kenapa aku berpendapat begini? Kerana aku dapat lihat kehidupan orang bercinta yang sudah berkahwin mahupun yang belum berkahwin. Lebih-lebih lagi aku tinggal di asrama. Ramai aku melihat rakan-rakanku sedih dan gembira apabila mengharungi kehidupan seorang yang dilamun cinta. Kadang-kadang aku rasa kelakar dan sukar memahami mereka. Pada mula bercinta semua menjadi indah. Tetapi apabila perpisahan berlaku semuanya menjadi sebaliknya. Ada juga cinta beranggapan cinta musnah hidup juga musnah dan sehinggakan sanggup untuk bunuh diri. Manakah sayang dahulu? Bagaimanakah pula sayang bertukar menjadi benci? Bagaimana pula sayang boleh terjadi sayang bertukar arah? Dan akan menjadi benci semula?
Kisah suka duka ini juga pernah berlaku pada keluargaku. Dahulu, ibuku bercinta dengan ayahku bagaikan dunia ini mereka yang punya. Tetapi apabila berkahwin, akhirnya bercerai juga. Kisah kakakku lagilah terasa perit. Bercinta dengan jejaka paling kacak seperti hero dalam filem Terminator. Tetapi kakakku terpaksa menanggung suami yang tidak bekerja dan apabila mempunyai wanita lain ditinggalkan pula. Kemudian, kakakku berkahwin dengan orang baru. Aku fikir suami barunya dapat mengubat hati yang luka namun sebaliknya apabila kakakku mengahwini seorang lelaki yang sudah beristeri. Bagaikan seribu bilah pisau menusuk ke dalam dada apabila terpaksa berkongsi kasih. Lebih kasihan lagi anak-anaknya yang masih kecil terpaksa berulang-alik dari rumah ibunya ke rumah ayahnya. Mereka meninggalkan dua puteri cantik. Bongsu berusia 10 tahun dan kelihatan bahagia dengan dunia kanak-kanak tapi jauh di pelusuk hati, dirinya meronta kesedihan. Sulung pula berusia 13 tahun. Dia sering sahaja termenung dan bersedih melihat keluarga yang begitu bahagia di mana-mana mereka berada. Jadi, inilah pula kisah kehidupan aku pada mula belajar bercinta dan akhirnya benci untuk bercinta sekali lagi. Lelaki kini sukar untuk aku mempercayai lagi.
Namaku Anis  Suraya binti Ahmad. Mula-mula aku bercinta ketika aku berusia empat belas tahun. Usia yang masih mentah untuk memahami erti cinta. Kehadiran surat yang aku tidak tahu pengirimnya membuatkan aku tertanya-tanya. Sikap ingin tahu aku mula meronta-ronta apabila membaca luahan cinta yang terkandung dalam surat itu. Tergerak hatiku untuk bertanya rakan kelasku. Kebetulan, pengirimnya tinggal di belakang rumah rakan karibku, Liyana.
“Siapa? Tunjukkan aku siapa orangnya?”
“Macam mana aku nak tunjuk kat kau. Hmm... Kejap lagi ada Sains kan?”
“Apa kene mengena dengan Sains pula?”
“Kita pergi makmal nanti, kita ada lalu depan kelas dia.”
Ketika saat melihat kelas yang ditunjukkan Liyana, aku menjadi keliru kerana ramai sangat rakan-rakannya mengaku bahawa merekalah pengirim surat itu. Begitu juga ketika pulang dari makmal Sains. Waktu rehat pula, aku sering tidak pergi makan. Selalu duduk di tangga berhampiran kelasku. Sedang asyik aku membuat bising dengan meniup plastik gula-gula, aku dikejutkan Liyana dan dia menunjuk sesuatu.
“Anis, itu Arief!! Dari tadi dia asyik tengok kau.”
Sebaik sahaja aku menoleh, dia lari dengan kelam kabut. Rasa malu pula aku dibuatnya sebab dia memerhati gelagat bodoh aku tadi. Kalau difikirkan balik rasa kelakar pun ada lihat dia lari. Namun, wajahnya masih samar-samar lagi. Bukan itu pertama kali aku perasan dia memerhatikan aku malah, sebelum ini pun pernah. Ketika waktu rehat, seperti biasa aku tidak pergi rehat dan tidak pula duduk di tangga. Aku sibuk menyiapkan tugasan yang cikgu beri di dalam kelas supaya aku dapat rehat di rumah. Tempat duduk aku di kelas hanya bersebelahan tingkap di koridor jalan. Liyana pula duduk di tangga tempat biasa kami duduk. Rasa nyaman sekali apabila angin dingin menusuk ke rusukku dan membuatkan aku menyiapkan tugasan dengan leka sekali tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Beberapa minit kemudian, loceng kedengaran berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat.
“Anis, kau tak perasan ke?” tiba-tiba Liyana menyapa aku.
“Apa dia?” soalku kehairanan.
“Arief banyak kali lalu depan kelas. Kau tak perasan ke?” terang Liyana.
Ketika itu aku langsung tidak perasan akan kehadirannya. Keesokkan harinya, pertama kali aku bertemu dua mata dengannya walaupun seketika. Ini bukan petemuan dirancang pun. Kebetulan ketika itu dia lalu tangga di tempat kami selalu duduk. Pertama kali aku lihat dia aku tertarik pula. Entah apa yang ada pada dirinya membuatkan aku tertarik dengannya. Banyak perkara yang diceritakan oleh Liyana tentang Arief. Cara Liyana bercerita dan pandangan pertama aku terhadapnya aku menganggap gayanya seperti seorang yang pemalu dengan perempuan dan inilah pertama kali dia menyintai seseorang iaitu aku. Dia juga tidak hisap rokok, suka minum susu dan bibirnya merah jambu. Terasa membuatkan aku lebih suka dengannya.
Sudah berminggu-minggu, berbulan-bulan tiada khabar berita dari Arief. Aku berasa sungguh resah dan gelisah. Aku cuba untuk menghubungi telefon bimbitnya tidak dapat. Aku cuba pula menghubungi telefon rumahnya tetapi kegagalan yang aku temui. Hatiku pula mendesakku untuk pergi ke rumahnya.
Tiba sahaja di hadapan rumahnya, hatiku berdegup pantas seperti baru sahaja terjumpa hantu. Aku mengangkat tangan untuk mengetuk pintu rumah itu. Hasratku terbatal apabila aku melihat pintu tidak tertutup rapat. Aku melangkah masuk ke dalam rumah itu. Terdengar suara perempuan dari dalam kamar Arief. Aku dengan rasa tidak bersalah terus membuka pintu kamar itu. “Astafillullahilazim,” lafaz itu keluar dari mulutku apabila aku melihat Arief dan Liyana berdua di dalam kamar itu. Diriku seperti terkena panahan petir dan ditikam beribu-ribu kali tetap tidak mati. Kekasihku dirampas kawan karibku sendiri dan kini aku kehilangan kedua-duanya. Di saat aku mula belajar menyintai dan menyayangi selama empat tahun bersama, inikah balasan yang aku dapat?
Aku terus berlalu pergi dan secara tidak sengaja air mataku mengalir membasahi pipi. Desis hatiku berkata “Kenapa aku perlu menangis. Sedangkan orang berkahwin cerai-berai bahkan aku yang tidak menjanjikan apa-apa perhubungan.” Aku mengesat air mataku dan mulai hari itu jugalah semua kebencian aku mula disemat di dalam dada.

Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena-mengena sama ada hidup ataupun yang meninggal dunia.