Thursday, August 12, 2010

Cinta (Bahagian 1)



            Cinta. Satu perkataan yang tidak asing lagi dan hadir dalam jiwa seorang anak muda yang bergelar remaja. Ada yang sanggup berkorban apa sahaja dan ada juga menderita kerananya. Setiap individu mengatakan pendapat berbeza mengenai cinta. Cinta itu pengorbanan? Cinta itu pasrah? Cinta itu bahagia? Atau cinta itu derita? Apa sebenarnya erti cinta itu? Kata Ustaz pula cinta bagi seorang nabi adalah cinta kepada Allah dan sanggup berkorban demi melindungi Islam daripada tercela. Menurut William Shakespeare pula, sasterawan terkenal itu mengatakan cinta sejati tidak pernah berjalan dengan mulus. Tapi bagiku cinta tidak membawa apa-apa maknanya. Luahan cinta hanyalah satu ungkapan kosong. Kenapa aku berpendapat begini? Kerana aku dapat lihat kehidupan orang bercinta yang sudah berkahwin mahupun yang belum berkahwin. Lebih-lebih lagi aku tinggal di asrama. Ramai aku melihat rakan-rakanku sedih dan gembira apabila mengharungi kehidupan seorang yang dilamun cinta. Kadang-kadang aku rasa kelakar dan sukar memahami mereka. Pada mula bercinta semua menjadi indah. Tetapi apabila perpisahan berlaku semuanya menjadi sebaliknya. Ada juga cinta beranggapan cinta musnah hidup juga musnah dan sehinggakan sanggup untuk bunuh diri. Manakah sayang dahulu? Bagaimanakah pula sayang bertukar menjadi benci? Bagaimana pula sayang boleh terjadi sayang bertukar arah? Dan akan menjadi benci semula?
Kisah suka duka ini juga pernah berlaku pada keluargaku. Dahulu, ibuku bercinta dengan ayahku bagaikan dunia ini mereka yang punya. Tetapi apabila berkahwin, akhirnya bercerai juga. Kisah kakakku lagilah terasa perit. Bercinta dengan jejaka paling kacak seperti hero dalam filem Terminator. Tetapi kakakku terpaksa menanggung suami yang tidak bekerja dan apabila mempunyai wanita lain ditinggalkan pula. Kemudian, kakakku berkahwin dengan orang baru. Aku fikir suami barunya dapat mengubat hati yang luka namun sebaliknya apabila kakakku mengahwini seorang lelaki yang sudah beristeri. Bagaikan seribu bilah pisau menusuk ke dalam dada apabila terpaksa berkongsi kasih. Lebih kasihan lagi anak-anaknya yang masih kecil terpaksa berulang-alik dari rumah ibunya ke rumah ayahnya. Mereka meninggalkan dua puteri cantik. Bongsu berusia 10 tahun dan kelihatan bahagia dengan dunia kanak-kanak tapi jauh di pelusuk hati, dirinya meronta kesedihan. Sulung pula berusia 13 tahun. Dia sering sahaja termenung dan bersedih melihat keluarga yang begitu bahagia di mana-mana mereka berada. Jadi, inilah pula kisah kehidupan aku pada mula belajar bercinta dan akhirnya benci untuk bercinta sekali lagi. Lelaki kini sukar untuk aku mempercayai lagi.
Namaku Anis  Suraya binti Ahmad. Mula-mula aku bercinta ketika aku berusia empat belas tahun. Usia yang masih mentah untuk memahami erti cinta. Kehadiran surat yang aku tidak tahu pengirimnya membuatkan aku tertanya-tanya. Sikap ingin tahu aku mula meronta-ronta apabila membaca luahan cinta yang terkandung dalam surat itu. Tergerak hatiku untuk bertanya rakan kelasku. Kebetulan, pengirimnya tinggal di belakang rumah rakan karibku, Liyana.
“Siapa? Tunjukkan aku siapa orangnya?”
“Macam mana aku nak tunjuk kat kau. Hmm... Kejap lagi ada Sains kan?”
“Apa kene mengena dengan Sains pula?”
“Kita pergi makmal nanti, kita ada lalu depan kelas dia.”
Ketika saat melihat kelas yang ditunjukkan Liyana, aku menjadi keliru kerana ramai sangat rakan-rakannya mengaku bahawa merekalah pengirim surat itu. Begitu juga ketika pulang dari makmal Sains. Waktu rehat pula, aku sering tidak pergi makan. Selalu duduk di tangga berhampiran kelasku. Sedang asyik aku membuat bising dengan meniup plastik gula-gula, aku dikejutkan Liyana dan dia menunjuk sesuatu.
“Anis, itu Arief!! Dari tadi dia asyik tengok kau.”
Sebaik sahaja aku menoleh, dia lari dengan kelam kabut. Rasa malu pula aku dibuatnya sebab dia memerhati gelagat bodoh aku tadi. Kalau difikirkan balik rasa kelakar pun ada lihat dia lari. Namun, wajahnya masih samar-samar lagi. Bukan itu pertama kali aku perasan dia memerhatikan aku malah, sebelum ini pun pernah. Ketika waktu rehat, seperti biasa aku tidak pergi rehat dan tidak pula duduk di tangga. Aku sibuk menyiapkan tugasan yang cikgu beri di dalam kelas supaya aku dapat rehat di rumah. Tempat duduk aku di kelas hanya bersebelahan tingkap di koridor jalan. Liyana pula duduk di tangga tempat biasa kami duduk. Rasa nyaman sekali apabila angin dingin menusuk ke rusukku dan membuatkan aku menyiapkan tugasan dengan leka sekali tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Beberapa minit kemudian, loceng kedengaran berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat.
“Anis, kau tak perasan ke?” tiba-tiba Liyana menyapa aku.
“Apa dia?” soalku kehairanan.
“Arief banyak kali lalu depan kelas. Kau tak perasan ke?” terang Liyana.
Ketika itu aku langsung tidak perasan akan kehadirannya. Keesokkan harinya, pertama kali aku bertemu dua mata dengannya walaupun seketika. Ini bukan petemuan dirancang pun. Kebetulan ketika itu dia lalu tangga di tempat kami selalu duduk. Pertama kali aku lihat dia aku tertarik pula. Entah apa yang ada pada dirinya membuatkan aku tertarik dengannya. Banyak perkara yang diceritakan oleh Liyana tentang Arief. Cara Liyana bercerita dan pandangan pertama aku terhadapnya aku menganggap gayanya seperti seorang yang pemalu dengan perempuan dan inilah pertama kali dia menyintai seseorang iaitu aku. Dia juga tidak hisap rokok, suka minum susu dan bibirnya merah jambu. Terasa membuatkan aku lebih suka dengannya.
Sudah berminggu-minggu, berbulan-bulan tiada khabar berita dari Arief. Aku berasa sungguh resah dan gelisah. Aku cuba untuk menghubungi telefon bimbitnya tidak dapat. Aku cuba pula menghubungi telefon rumahnya tetapi kegagalan yang aku temui. Hatiku pula mendesakku untuk pergi ke rumahnya.
Tiba sahaja di hadapan rumahnya, hatiku berdegup pantas seperti baru sahaja terjumpa hantu. Aku mengangkat tangan untuk mengetuk pintu rumah itu. Hasratku terbatal apabila aku melihat pintu tidak tertutup rapat. Aku melangkah masuk ke dalam rumah itu. Terdengar suara perempuan dari dalam kamar Arief. Aku dengan rasa tidak bersalah terus membuka pintu kamar itu. “Astafillullahilazim,” lafaz itu keluar dari mulutku apabila aku melihat Arief dan Liyana berdua di dalam kamar itu. Diriku seperti terkena panahan petir dan ditikam beribu-ribu kali tetap tidak mati. Kekasihku dirampas kawan karibku sendiri dan kini aku kehilangan kedua-duanya. Di saat aku mula belajar menyintai dan menyayangi selama empat tahun bersama, inikah balasan yang aku dapat?
Aku terus berlalu pergi dan secara tidak sengaja air mataku mengalir membasahi pipi. Desis hatiku berkata “Kenapa aku perlu menangis. Sedangkan orang berkahwin cerai-berai bahkan aku yang tidak menjanjikan apa-apa perhubungan.” Aku mengesat air mataku dan mulai hari itu jugalah semua kebencian aku mula disemat di dalam dada.

Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena-mengena sama ada hidup ataupun yang meninggal dunia.



No comments:

Post a Comment