Thursday, August 12, 2010

Pergorbanan Seorang Ibu


Ibu,
Kau telah banyak berkorban,
Demi kesenangan anak-anak,
Tanpa seorang lelaki bergelar suami,
Kau menjagaku dengan kasih sayang,
Kau mendidikku dengan penuh harapan,
Supaya aku menjadi anak yang berguna,
Kau ibu dan kaulah ayah.

Ibu,
Kau mencari rezeki di sana sini,
Menjual air minuman dan kuih muih,
Di tepi kaki lima,
Kau  menjaga anak orang,
Untuk menanggung perbelanjaanku.
Kerana kesempitan wang,
Kami hanya makan nasi berlauk telur,
Kadang-kadang ibu tidak makan langsung,

Demi anak-anak,
Ibu  mencari wang di sana sini,
Untuk membayar yuran sekolah,
Ada kalanya ibu terpaksa meminjam duit,
Pada jiran-jiran dan sedara-mara.

Sejak di tadika lagi,
Aku hidup tanpa seorang ayah,
Disebabkan tidak cukup kewangan,
Aku terpaksa berhenti sekolah tadika,
Hari pertama persekolahan,
Ketika usiaku tujuh tahun,
Aku tidak pandai membaca,
Aku tidak mempunyai sebarang rakan,
Selalu menjadi bahan ejekan dan kutukan.

Aku sangat sedih,
Kehidupan aku tiada keseronokkan,
Tidak seperti kanak-kanak lain,
Hidup mereka bahagia,
Bersama-sama ibu dan bapanya,
Sudah lama ayahku menghilangkan diri,
Pelbagai cabaran bagi ibu,
Yang menjadi sebagai ibu tunggal,
Menjaga anak-anak,
Mengharungi segala dugaan mendatang.

Aku sangat sayang ibu,
Kau telah menjagaku dan membesarkanku,
Sehingga kini kita hidup bersama,
Aku menghargai pengorbanan ibu,
Rahmah binti Manan,
Nama ibuku yang tabah,
Kau bagaikan penyuluh menyinari hidupku,
Aku sangat sayangkan ibu.




No comments:

Post a Comment