Tuesday, December 13, 2011

Bersama


Indahnya bila kita bersama
kau selalu buatku gembira, ketawa
Terasa sangat bahagia
kau membuatku tersenyum sentiasa.

Oh...
Sukarnya bila kita berjauhannnn
Kerna sudah biasa, bersama, denganmu
setiap langkah perjalanan
aku sentiasaaa teringatkan diriiiimu

Entah kenapa
aku sangat menyintaimu
Entah kenapa
aku sangat menginginkanmu

Sukarnya bila kita berjauhan denganmu
Ku terasa sangat pilu
Dirimu begitu aku cintai
cinta yang selalu aku selami

Tolong jangan kau lupakanku
jagalah dirimu selalu
aku sangat merinduimu
mencintaimu

Sukarnya bila kita berjauhannnn
Kerna sudah biasa, bersama, denganmu
setiap langkah perjalanan
aku sentiasaaa teringatkan diriiiimu


Tuesday, November 22, 2011

Merinduimu


aku sangat merinduimu
berjauhan aku tak mampu
aku hanya melihat wajahmu
di bingkai gambar itu

entah kenapa
terasa sebak di dada
bila kau tiada
aku rasa sangat hiba

aku dengar lagumu
untuk mendengar suaramu
sebagai pengubat rindu
tapi masih merinduimu selalu

entah kenapa
terasa sebak di dada
bila kau tiada
aku rasa sangat hiba

 aku inginkan kau selalu
ada disampingku
untuk menemani diriku
yang sentiasa merinduimu



Sunday, November 13, 2011

Lagu darimu



ku dengar suaramu
melalui lagu itu
iramanya sungguh merdu
buatku rasa terharu

lagu itu kau cipta
untuk diriku di kota
mencari rezeki untuk keluarga
akan menjadi kesenangan kita

usahlah dikau tangisi
kerna aku pergi sebentar
dirimu sentiasa dalam hati
harap kau dapat bersabar

pasti akan ku pulang
tak perlu kau bimbang
sampai ke petang
perjalananku masih panjang

akan ku ingat lagumu
lagumu di mindaku selalu
hatiku tak sabar bertemu
rasa rindu tak sudah padamu...



Saturday, November 12, 2011

Janji


Masihkah kau ingat
akan janji kau buat
aku cuba untuk beringat
maka janji itu terikat

Namun kenapa kau memungkirinya
setelah sekian lama
aku menyedari kau tiada
kau bersama si dia

Janji itu kau kata
jangan ada yang lain
tapi kenapa kau pula
menjadi seperti insan lain

Janji itu kau kata
jangan tinggalkan kau
tapi kenapa kau pula
meninggalkan diri aku

Kau pergi tinggalkan aku
demi orang baru
kerna kau sudah bosan
aku pun naik hairan

Apakah kurangnya diriku ini
tidak cukup apa yang aku beri
kau kata kau cinta aku
kau kata kau sayang aku
namun kenapa mungkiri janji
yang kau cipta sendiri

Kau pergi jua
tinggalkan aku
kau tinggalkan aku
janji itu kau mungkiri



Friday, June 24, 2011

Kenapa?


          Hari ini aku berada di tempat kegemaran dia dengan harapan dia berada di situ. Hampir sepuluh minit juga aku berdiri kaku bersadarkan dinding sambil melihat sekeliling. Mataku meliar mencari wajahnya di mana-mana. Satu ketika itu aku berpaling ke arah kiri. Terlihat satu wajah yang aku mencari selama ini. Aku bergegas menuju ke arah itu dan terus berada di hadapannya.
          Melihat dirinya terkejut. Kakinya terus terhenti melangkah. Tidak menyangka akan kehadiran aku ketika itu. Kami diam seribu bahasa. Terkedu. Aku yang selama ini mencari dirinya juga tidak kata apa-apa. Bibir aku menjadi kaku. Lidah aku terkelu. Badan aku tidak terkawal. Aku terlalu merinduinya. Aku ingin memeluknya tetapi perbuatan aku terhenti melihat dia berundur.
          Aku cuba juga bersuara. "Kenapa?" suara halus hampir tidak kedengaran menyapa telinganya.
          "Perempuan itu jiran Mus. Satu kelas dengan Mus sekarang. Mus sayang dia," tersentak lamunanku daripada memerhati perasaan rindu aku terhadapnya. Kenapa? Kenapa perempuan itu. Tiba-tiba sahaja pergi tanpa berita dan terus bercinta dengan perempuan lain. Apa salah aku?
          "Sya ingat tak lelaki bernama Rasyid tu?" kata Mus setelah melihat aku terpingar-pingar dengan seribu soalan. "Mus sengaja pasang spy. Dia kawan Mus, " aku mula berfikir Rasyid mana yang dinyatakan oleh Mus itu. "Mesra betul Sya dengan dia ya?," terpanah hati aku medengar kata-katanya itu.
          "Mana ada. Sya tak kenal pun dia. Sya baru je jumpa dia," aku menjangkal kata-kata Mus itu.
          "Sudahlah Sya. Mus tak nak dengar lagi. Siap berpegangan tangan lagi tu. Bukan mesra namanya tu?" sekali lagi kata-kata itu membuat aku terpanah sedangkan lelaki itu yang menarik tangan aku.
          "Mus tinggalkan Sya. Banyak kali Sya telefon Mus. Tapi Mus tak angkat. Berbulan-bulan Sya tunggu Mus. Tapi tak ada berita. Sya rindu," aku meluahkan juga rasa hati aku ni.
          "Arghh.. Rindu!? Kau kata rindu? Siapa nak PEREMPUAN KOTOR macam kau ni," suara Mus bergema di ruang lega itu. Aku berasa sangat malu. Melihat mata-mata sekeliling melihat aku. Air mata aku terus membasahi pipiku. Sebak di dada tidak mampu aku menahan. Bukankah kau yang kata ingin meminang aku? Bukankah kau yang ingin mengahwini aku. Bukankah kau yang mengambil harga diri aku yang selama ini aku pertahanankan. Tetapi kau pergi. Kau pergi juga meninggalkan aku. Aku terus berlari pergi. Tidak sanggup aku berhadapan dengannya lagi. Ya Allah.. Bantu la hambamu ini untuk menghadapi dugaan besar ini. Disebabkan kesilapan aku yang lalu aku terpaksa menghadapi sehingga sekarang.

Sunday, February 20, 2011

Jam tangan pemberianmu



Jam tangan itu
Pemberianmu kepadaku
Sebagai lambang cinta kita
Cinta kita yg telah bersemadi
Dalam jiwa aku ini

Namun
Kau pergi juga
Kau pergi meninggalkanku
Dengan perasaan marah & hampa
Tanpa mendengar penjelasanku

Jam tangan itu
Pemberianmu kepadaku
Talinya sudah terputus
Seperti putusnya hubungan cinta kita

Jam tangan itu
Pemberianmu kepadaku
Cerminnya sudah calar
Seperti calarnya perasaanku

Jam tangan itu
Pemberiamu kepadaku
Jarumnya sudah berhenti berdetik
Seperti matinya perasaan kau terhadapku

Seribu bilah pisau
Menusuk ke dalam dadaku
Begitu peritnya pabila disakiti
Cinta yg bertahan selama bertahun-tahun
Kini hanya tinggal debu-debu berterbangan

Aku tetap berharap kau akan tiba
Kau akan berada di sampingku
Setiap malam kau sering hadir
Di dalam mimpi-mimpiku

Aku cuba baiki jam tangan itu
Pemberianmu kepadaku
Talinya telah bersambung
Cerminnya tidak lagi tercalar
Jarumnya sudah kembali berdetik

Namun
Itu hanyalah jam tangan
Pemberianmu kepadaku
Walaubagaimanapun
Aku merayu kepadamu
Menangis darah sekalipun
Kau tidak mungkin kembali kepadaku

Kini
Aku masih simpan jam tangan itu
Pemberianmu kepadaku
Aku tetap memakainya
Sebagai pemberi semangat
Untuk aku menghadapi saat-saat sukar

Walaubagaimanapun kau pergi
Kau tetap berada di sampingku
Dengan bertemankan
Jam tangan itu
Pemberianmu kepadaku

Aku masih tidak boleh
Keluarkan dirimu di hatiku
Kerna dirimu telah dikunci
Kuncinya telah hilang kemana
Aku masih mencintaimu
Aku masih menyayangimu
Aku masih memerlukanmu



Monday, January 10, 2011

Plan utk blog ni






Aku nk ucapkan ribuan terima kasih la ada jugak owg yg minat blog ni. x sangka dpt sambutan gak. yela.. karya2 sume dlm ni adalah karya masa zaman aku sekolah dulu. dengan adanye kawan2 blogger yg sudi baca aku nye cter ni telah menaikkan semangat aku utk menghabiskan novel aku yg tergendala. nanti kalau dah siap novel aku ni aku akan publish di sini. tp aku takut la novel aku tu akan diciplak oleh orang2 yg tidak dipertanggung jawab. mcm mne ni ek. takut la pulak. Aku nk mintak maaf la sbb sudah lama aku biarkan blog ni terbiar, terbengkalai, penuh ngan sawang & habuk2...

Entry aku kali ni bukan nk berkarya. aku cume nk wat plan la utk blog ni ape aku nk letak. disbbkan aku skrg ni pelajar Universiti. mcm dah xde mase je nk berkarya ni. So, aku mungkin x pedulikan blog ini. lebih2 lg aku skrg aktif ngan blog 1000 Words tu.. Ni plan je tau. jgn mengharap sgt lak aku akan wat. mungkin aku lawat blog ni pun skali skala. Sebenarnye aku ada wat komik. aku xde la pandai sgt lukis. ckit2 je. biasa la baru blaja. x caye aku x pandai melukis?? ahhh.. tgk kat SINI contoh lukisan aku. kan.. x cantik pun kannn.... aku nk publish aku nye komik kat blog ni. tp tu pun kalau ada scanner laa... pastu aku maybe akan terbitkan novel aku kalau dah siap. tapi novel ni aku akan pikir2 kan la. sbb takut la diciplak karya aku. ada x sape2 ada idea mcm mne nk protect karya aku ni? Kalau aku rse aku nk wat lg cerpen aku akan publish. Plan seterusnya aku mungkin akan byk la puisi. maklum la berjiwa jiwang. kah... kah.. kah.. http://www.smileycodes.info

Oklah.. tu je kot aku nk wat setakat ni. tp x sure agi la nk wat ke x.. haaa... yg tu tgk je la mcm mne.