Friday, June 24, 2011

Kenapa?


          Hari ini aku berada di tempat kegemaran dia dengan harapan dia berada di situ. Hampir sepuluh minit juga aku berdiri kaku bersadarkan dinding sambil melihat sekeliling. Mataku meliar mencari wajahnya di mana-mana. Satu ketika itu aku berpaling ke arah kiri. Terlihat satu wajah yang aku mencari selama ini. Aku bergegas menuju ke arah itu dan terus berada di hadapannya.
          Melihat dirinya terkejut. Kakinya terus terhenti melangkah. Tidak menyangka akan kehadiran aku ketika itu. Kami diam seribu bahasa. Terkedu. Aku yang selama ini mencari dirinya juga tidak kata apa-apa. Bibir aku menjadi kaku. Lidah aku terkelu. Badan aku tidak terkawal. Aku terlalu merinduinya. Aku ingin memeluknya tetapi perbuatan aku terhenti melihat dia berundur.
          Aku cuba juga bersuara. "Kenapa?" suara halus hampir tidak kedengaran menyapa telinganya.
          "Perempuan itu jiran Mus. Satu kelas dengan Mus sekarang. Mus sayang dia," tersentak lamunanku daripada memerhati perasaan rindu aku terhadapnya. Kenapa? Kenapa perempuan itu. Tiba-tiba sahaja pergi tanpa berita dan terus bercinta dengan perempuan lain. Apa salah aku?
          "Sya ingat tak lelaki bernama Rasyid tu?" kata Mus setelah melihat aku terpingar-pingar dengan seribu soalan. "Mus sengaja pasang spy. Dia kawan Mus, " aku mula berfikir Rasyid mana yang dinyatakan oleh Mus itu. "Mesra betul Sya dengan dia ya?," terpanah hati aku medengar kata-katanya itu.
          "Mana ada. Sya tak kenal pun dia. Sya baru je jumpa dia," aku menjangkal kata-kata Mus itu.
          "Sudahlah Sya. Mus tak nak dengar lagi. Siap berpegangan tangan lagi tu. Bukan mesra namanya tu?" sekali lagi kata-kata itu membuat aku terpanah sedangkan lelaki itu yang menarik tangan aku.
          "Mus tinggalkan Sya. Banyak kali Sya telefon Mus. Tapi Mus tak angkat. Berbulan-bulan Sya tunggu Mus. Tapi tak ada berita. Sya rindu," aku meluahkan juga rasa hati aku ni.
          "Arghh.. Rindu!? Kau kata rindu? Siapa nak PEREMPUAN KOTOR macam kau ni," suara Mus bergema di ruang lega itu. Aku berasa sangat malu. Melihat mata-mata sekeliling melihat aku. Air mata aku terus membasahi pipiku. Sebak di dada tidak mampu aku menahan. Bukankah kau yang kata ingin meminang aku? Bukankah kau yang ingin mengahwini aku. Bukankah kau yang mengambil harga diri aku yang selama ini aku pertahanankan. Tetapi kau pergi. Kau pergi juga meninggalkan aku. Aku terus berlari pergi. Tidak sanggup aku berhadapan dengannya lagi. Ya Allah.. Bantu la hambamu ini untuk menghadapi dugaan besar ini. Disebabkan kesilapan aku yang lalu aku terpaksa menghadapi sehingga sekarang.

No comments:

Post a Comment