Saturday, June 23, 2012

Tidak seperti aku kenali dulu





Dahulu kau aku cinta
kau seorang pendiam
kau seorang pemalu
kau tidak merokok

Tapi kini
siapa kau!
kau sudah pandai berfoya
kau sudah pandai merokok
dan kau ambil dadah?

Dahulu kau aku cinta
kau suka sangat minum susu
suka sangat bercakap jujur
suka sangat menolong ibu bapa

kerja keras siang malam
satu-satunya anak lelaki
kesayangan ibu bapa
kata-kata kau sungguh berbudi bahasa

Tapi kini
siapa kau!
sudah pandai minum minuman keras
suka sangat tipu sana sini
berpesta siang malam
menghabiskan duit ibu bapa
hanyalah perkataan kesat
selalu kedengaran

Aku terus bertahan lama
mungkin kau yang dahulu masih ada
masih tersorok jauh di dalam kegelapan
menyinarilah kegelapan itu
datanglah kau yang aku kenali dulu

Penantian aku sia-sia sahaja
ternyata kau jauh menyimpang
tidak dapat diselami lagi
aku harus berundur
aku harus beredar
kau tidak seperti aku kenali dulu

Selamat tinggal
aku tidak sanggup lagi
biarlah kau hidup di dunia kau
ternyata aku ini kau tidak perlukan
aku mula jalani hidup baru
tanpa kau di dalam hidupku
tanpa sedikit pun penyesalan



No comments:

Post a Comment