Sunday, August 25, 2013

Kertas Kosong Itu



Pernah satu ketika, duduk kerusi menghadap kertas kosong sambil memegang pensil. Aku ingin menulis sesuatu. Tetapi tangan aku kaku. Tidak dapat menulis apa-apa. Terlalu banyak ingin aku luahkan di atas kertas sehinggakan aku tidak dapat menulis apa untuk aku luahkan. Memang sudah tabiatku menulis apa sahaja yang aku rasa dan pendam di sehelai kertas lalu membakarnya.

Melihat sehelai kertas kosong itu. Aku berasa sayu. Aku berasa sangat kosong. Kekosongan itu bagaikan menusuk dijantungku. Walaupun begitu ramai menyayangi dan menjagaku. Namun tiada siapa tahu apa yang tersirat di hati. Aku berasa sangat sedih. Aku juga tidak tahu apa puncanya. Aku ada keluarga yang selalu di samping. Aku ada sahabat yang selalu mendengar keluhan aku. Tetapi entah kenapa perasaan ini selalu menghantui diriku.

Kertas kosong itu. Sebagai simbol hidup aku. Aku berasa hina sekali untuk teruskan hidup di muka bumi ini. Aku ingin pergi jauh. Pergi jauh di mana tiada orang mengenaliku. Aku ingin membawa diri. Mungkin aku ingin mencari jawapan. Jawapan kenapa kertas itu masih kosong. Aku ingin membawa diri. Aku tidak ingin sesiapa mengangguku. Terlalu banyak orang menjagaku sehinggakan aku tidak dapat menyendiri. Tiada kebebasan. Tiada ketenangan. Aku ingin terbang. Aku ingin terbang bebas. Tidak seperti burung di dalam sangkar. Tidak seperti hatiku yang terperangkap dengan perasaan ini.

Perasaan ini keliru. Sangat keliru. Adakah cinta atau masa depan? Adakah aku perlu mengejar cita-cita? Kenapa semuanya bukan hanya satu pilihan? Kenapa hidup ini terlalu banyak pilihan? Semua persoalan itu sering bermain di fikiranku. Bagaikan kertas kosong itu. Masih tertanya-tanya apa tulisan yang akan menconteng dirinya. Kertas kosong itu inginkan lukisan menarik berwarna-warni. Lukisan penuh dengan kegembiraan apabila melihatnya. Menjaga lukisan itu sebaik-baiknya.

Pensil di tanganku tidak lagi mampu aku gengam. Kertas itu dibiarkan kosong. Hatiku tidak lagi ceria. Tiada lagi perasaan gembira. Seperti insan tidak berguna. Aku ingin lari. Biarlah aku sendirian. Walaupun sehari sahaja. Tolong lepaskan aku. Hanya sehari sahaja aku pinta. Ingin keluar dari perasaan ini. Tolong beri aku ruang. Jangan kurungkan aku lagi. Di sangkar itu. Biarlah kertas kosong itu penuh dengan warna warni. Biarkan aku mencari ketenangan. Walaupun hanya sekali. Itu sahaja aku pinta.



No comments:

Post a Comment